Pengenalan
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
Pendidikan Islam
adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan
Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran,
keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai
tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara kearah
mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat
FALSAFAH PENDIDIKAN PASTI
Pendidikan PASTI merupakan satu usaha bersepadu dan berterusan ke arah melahirkan generasi tunas Islam yang unggul dari aspek Syakhsiyyah, keilmuan dan amalan-amalan yang bertunjangkan kepada ISLAM, IMAN DAN IHSAN. Mengambil kira potensi dan bakat yang sedia ada, pendidikan PASTI berusaha mengembangkan kemahiran kognitif, psikomotor, bahasa sosio emosi dan sosial selain kepelbagaian bakat serta kecerdasan yang sedia terpupuk di dalam diri tunas Islam. Usaha-usaha PASTI menerusi pembentukan peribadi unggul ini bertujuan mempersiapkan diri mereka menjadi warga yang cintakan negara serta berpegang teguh dan mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian supaya diredhai oleh Allah S.W,T di dunia dan di akhirat.

VISI
Melahirkan Insan Soleh
di Malaysia melalui pendidikanp pra sekolah sebagai elemen terpenting
MISI
Meningkatkan kualiti
pengajaran dan pembelajaran, pengurusan serta kuantiti PASTI di Malaysia
bagi menjadikan PASTI pilihan utama kepada masyarakat yang cintakan pendidikan
Islam
MATLAMAT PENUBUHAN PASTI
Matlamat Am
1.
Mengembalikan
pemafahaman masyarakat umum kepada kepentingannya pendidikan Islam dan
meransang kepekaan kebangkitan Islam sejagat.
2.
Mengadakan pendidikan
awal (pra-sekolah) bagi melahirkan insan yang beriman, berilmu, beramal soleh
dan berakhlak mulia.
3.
Menyediakan wadah awal
pendidikan berorentasikan harakah Islamiah untuk jangka masa panjang.
4.
Menjadi pusat untuk
membentuk fikrah masyarakat yang sedang mengalami dan menghadapi keruntuhan
aqidah dan akhlak akibat dari serangan ideologi sekular dan kebendaan.
5.
Menyedarkan masyarakat
umum tentang hakikat tarbiyah Islamiyyah beristiqamah dan beriltizam dengan
Islam.
Matlamat Khas
1.
Menyedar dan
meningkatkan kesempurnaan Tauhid agar beramal dengan setiap kebaikan yang
diredhai Allah dan RasulNya dan meninggalkan setiap kemungkaran yang dimurkai
Allah S.W.T.
2.
Membentuk peribadi
insan agar mencontohi peribadi mulia Rasulullah s.a.w.
3.
Memberi galakkan
kepada kanak-kanak secara intensif agar mereka dapat menjiwai fitrah kelahiran
manusia dan mengabdikan diri hanya kepada Allah
4.
Memberi kesedaran
betapa pentingnya bahasa sebagai alat komunikasi dalam kehidupan seharian
terutamanya bahasa Al-Quran
OBJEKTIF PENDIDIKAN PASTI
1.
Menyediakan proses
pendidikan awal yang berorentasikan sistem pendidikan Islam ke arah melahirkan
anak yang soleh, berilmu dan beramal.
2.
Mendidik jiwa dan akal
kanak-kanak dengan didikan Islam bersumberkan ajaran Al-Quran dan Hadis.
3.
Membimbing kanak-kanak
supaya menghayati ibadah , akhlak dan cenderong melakukan ma’ruf serta
meninggalkan mungkar.
4.
Melatih kanak-kanak
membaca, menghafaz dan menghayati Al-Quran , doa dan zikir.
5.
Memberi pengetahuan
kepada kanak-kanak asas-asas bahasa, matematik dan komunikasi ke arah kebolehan
membaca, mengira, menulis dan menghafal.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan