Isnin, 28 Januari 2013

GURU -TERIMA KASIH ATAS SEGALA-GALANYA



Guru,
Perananmu mendidik kami,
Dari buta huruf kepada mengenal huruf,
Dari buta angka kepada mengenal angka,
Mengenal tulisan dan bahasa syurga,
Mengenal huruf A,B,C…….,
Mencantum menjadi kata,
Mengenal angka 1,2,3……..,
Dibahagi,didarab,ditambah,ditolak.

Guru,
Janganlah kau lepaskan amarahmu,
Kepada kami anak-anak kecil.yang masih belum memahami apa-apa,
Yang masih tercari-cari arah tuju,
Jalan yang mana harus kami lalui.

Guru,
Didiklah kami menjadi anak bangsa yang berjaya dan berguna,
Kepada agama,bangsa dan negara,
Kepada kedua ibu bapa kami,
Yang mana pada setiap saat dan ketika,
Sentiasa menaruh harapan dan kepercayaan,
Kepada guru-guru dalam mendidik dan membimbing kami.

Guru,
Jasa dan pengorbananmu,
Akan kami kenang selagi ada hayat dikandung badan.

Guru,
Terima kasih atas segala-galanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan