Selasa, 5 Februari 2013

DANA DI DUNIA DAN AKHIRAT



Dana Di Dunia Dan Akhirat
 Hadith: 
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah ia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu.
(Riwayat at-Tirmidzi)

Huraian Hadith: 
1. Ilmu pengetahuan menurut Islam sama ada yang berunsur keduniaan mahupun keakhiratan adalah bersifat sepadu (integrated) dan saling berhubung di antara satu sama lain.
2. Berasaskan pegangan inilah maka kehidupan dunia akan dapat dijadikan persediaan untuk kehidupan di akhirat.
3. Ilmu terbahagi kepada dua iaitu ilmu naqliyah yang berteraskan wahyu seperti aqidah, syariah dan akhlak dan ilmu aqliyah iaitu ilmu yang pada zahirnya dipandu oleh akal bagi memperolehi kejayaan dan kemajuan duniawi. Kedua-dua jenis ilmu ini bersepadu bagi mencapai satu matlamat iaitu keredhaan Allah SWT.
4. Islam menggalakkan umatnya memiliki seberapa banyak ilmu dalam usaha mencari kehidupan yang baik dan sempurna disamping memajukan masyarakat menurut lunas-lunas yang dibenarkan oleh Islam.


Rabu, 30 Januari 2013

PERINTAH ANAK SOLAT



 Perintah Anak Solat
Riwayat: 
 Hadis Hasan, Riwayat Abu Daud dengan Isnad Hasan

Hadith: 
Daripada ‘Amru bin Syu'aib daripada bapanya, daripada datuknya RA katanya, sabda Rasulullah SAW “Perintahkan (ajarlah) anak-anak kamu menunaikan sembahyang ketika mereka berumur tujuh tahun dan rotankan ketika mereka berumur sepuluh tahun dan asingkan tempat tidur mereka”.

Huraian Hadith: 
1. Ibu bapa dipertanggungjawabkab mengajar anak-anak    mengerjakan sembahyang.
2.Islam mengajar cara pengajaran yang baik dikalangan anak-anak.
3.Menyuruh anak-anak melakukan sembahyang merupakan kewajipan bagi setiap ibu bapa dan penjaga.
4.Ketika mumaiyiz anak-anak hendaklah diasingkan tempat tidur mereka.
5.Peringkat umur tujuh tahun adalah sesuai untuk disuruh mengerjakan suruhan Allah.
6.Islam mendedahkan satu teori pendidikan anak-anak dengan menitikberatkan amalan-amalan agama.



Isnin, 28 Januari 2013

GURU -TERIMA KASIH ATAS SEGALA-GALANYA



Guru,
Perananmu mendidik kami,
Dari buta huruf kepada mengenal huruf,
Dari buta angka kepada mengenal angka,
Mengenal tulisan dan bahasa syurga,
Mengenal huruf A,B,C…….,
Mencantum menjadi kata,
Mengenal angka 1,2,3……..,
Dibahagi,didarab,ditambah,ditolak.

Guru,
Janganlah kau lepaskan amarahmu,
Kepada kami anak-anak kecil.yang masih belum memahami apa-apa,
Yang masih tercari-cari arah tuju,
Jalan yang mana harus kami lalui.

Guru,
Didiklah kami menjadi anak bangsa yang berjaya dan berguna,
Kepada agama,bangsa dan negara,
Kepada kedua ibu bapa kami,
Yang mana pada setiap saat dan ketika,
Sentiasa menaruh harapan dan kepercayaan,
Kepada guru-guru dalam mendidik dan membimbing kami.

Guru,
Jasa dan pengorbananmu,
Akan kami kenang selagi ada hayat dikandung badan.

Guru,
Terima kasih atas segala-galanya.


SURAH AL-FAATIHAH




Surah Al-Faatihah - سورة الفاتحة
A001
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(Al-Faatihah 1:1


A002
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam
(Al-Faatihah 1:2


A003
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(Al-Faatihah 1:3


A004
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)
(Al-Faatihah 1:4


A005
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
(Al-Faatihah 1:5


A006
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
(Al-Faatihah 1:6

A007
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
(Al-Faatihah 1:7




KEIKHLASAN DALAM MENUNTUT ILMU





Hadith: 
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:Sesiapa yang mempelajari ilmu yang boleh mendapatkan keredhaan Allah, sedangkan dia mempelajarinya kerana ingin mendapatkan habuan dunia, dia tidak akan dapat mencium bau syurga di hari akhirat kelak.
( Riwayat Abu Daud)

Huraian Hadith: 
1. Orang yang berilmu dijanjikan Allah kedudukan yang tinggi di dunia mahupun di akhirat kelak.

2. Islam menuntut keihlasan niat dalam segala perkara termasuklah dalam menuntut ilmu sama ada yang berbentuk keduniaan atau ilmu agama. Dengan perkataan lain, setiap ilmu yang dituntut janganlah terkeluar daripada landasan syariat. Ia mestilah dimanfaatkan untuk kebaikan di dunia dan akhirat serta mengutamakan kebajikan manusia sejagat bukannya untuk kepentingan dunia semata seperti mengumpul harta, merebut kenaikan pangkat atau mengejar ˜glamour' dan sebagainya.

3. Ilmu yang berkat adalah ilmu yang membuatkan seseorang itu semakin dekat dengan Allah SWT bukan menjadikan ia semakin jauh dan lalai sehingga melanggar hukum tuhan dan sanggup melakukan kemungkaran seperti keganasan, menipu, mencuri, merampas hak orang dan sebagainya.


MAJLIS SILATURRAHIM BERSAMA WARGA PASTI BAHRUL ULUM




















GELAGAT ANAK-ANAK PASTI HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN - 2 JANUARI 2013