Hadith:
Sabda Rasulullah SAW
yang bermaksud:Sesiapa yang mempelajari
ilmu yang boleh mendapatkan keredhaan Allah, sedangkan dia mempelajarinya
kerana ingin mendapatkan habuan dunia, dia tidak akan dapat mencium bau syurga
di hari akhirat kelak.
( Riwayat Abu Daud)
Huraian Hadith:
1. Orang yang berilmu dijanjikan Allah kedudukan yang tinggi di
dunia mahupun di akhirat kelak.
2. Islam menuntut keihlasan niat dalam segala perkara termasuklah
dalam menuntut ilmu sama ada yang berbentuk keduniaan atau ilmu agama. Dengan
perkataan lain, setiap ilmu yang dituntut janganlah terkeluar daripada landasan
syariat. Ia mestilah dimanfaatkan untuk kebaikan di dunia dan akhirat serta
mengutamakan kebajikan manusia sejagat bukannya untuk kepentingan dunia semata
seperti mengumpul harta, merebut kenaikan pangkat atau mengejar ˜glamour' dan
sebagainya.
3. Ilmu yang berkat adalah ilmu yang membuatkan seseorang itu
semakin dekat dengan Allah SWT bukan menjadikan ia semakin jauh dan lalai
sehingga melanggar hukum tuhan dan sanggup melakukan kemungkaran seperti
keganasan, menipu, mencuri, merampas hak orang dan sebagainya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan